[ ]
So Here We Go







✿ LINK 1
✹ LINK 2
✖ LINK 3
☂ LINK 4
✈ LINK 5
+
+

5 Jenis Kawan Facebook Yang Sofia Menyampah ON Saturday, November 23, 2013 AT 3:13 PM

Assalammualaikum dan heyyo :'D . sofia actually tak boleh tidur dan tak tahu nak buat apa so sofia buat entry ni. Hope enjoy lah ye. Kalau nak add fb sofia pun boleh *promote jap* terserah hang lah nak add ke tidok. So LETS START THE STORY :3

1. Jenis Yang Nak Ramai Likers
Sofia ada kawan yang setiap hari kalau boleh nak 100 likers and selalunya hujung status dia ada perkataan 'LIKE'. Sekali sekala takpe lah ni hampir setiap hari haaa. Bukan jealous ke apa tidak cuma kalau nak buat post tu tak perlu kot and lagi satu semuanya status main copy paste je baik tak payah. Tahulah tak famous nak suruh like erghhh. Takde ke ayat yang tunjuk kita mature ke ayat macam ala-ala 'quotes' ke. Kan bagus, tapi kalau quote pasal cinta tapi umur tak cukup baik tak payah.

2. Jenis Yang Menjiwang Tak Habis-Habis
Ni lagi satu -.-. Masih sekolah macam sofia tapi ayat perghh. Pandai pulak buat karangan cinta bila buat karangan exam haa hambik kau. Teruk haa markah. Kenapalah takde karangan cinta ek kat dunia ni kalau ada confirm semua orang karangan dia A. Buat dialog kita bercakap dengan kekasih ke, karangan catatan pasal honeymoon ke. Haihh, kalau dah besar takpe lah juga.

3. Jenis Yang Tak Bersyukur
Kawan spesis ni pun sofia ada. Dia patut bersyukur kot sebab ramai orang suka sembang dengan dia and bla bla bla.. Tapi bila gaduh sikit je haaa kemain lagi cik. Nak update status 'Semua orang benci saya kenapa lah saya hidup di dunia ni'. Erghhhh, rabun ke apa Allah nak uji kau. Just accept it dan lalui jelah cabaran tu. Ni macam puteri pun ada gaduh sikit dah nak merungut, menangis lah, orang tegur sikit marah. ><

4. Batak Hot
Yang ni mungkin sama macam yang nak ramai likers tu. Tapi kali ni like dia sikit je tapi post kalau boleh muka dia je ada kat wall. Cara type pun macam orang hot. Hot takpelah lagi tapi hot sangat pun masuk api neraka :'D. 

5. Jenis Yang Tergedik-Gedik Dengan Pakwe
Spesis ni pun sofia ada. Lagi satu sofia tegaskan yang awak tu baru 12 tahun -.-. Kalau nak ber-romantik pun kan boleh chat. Ni pergi post status pastu chat dekat status tu bagi semua nampak. Karangan terbaru 'Dialog Cinta'. Selalunya budak rempit yang suka buat macam ni. Tak marah nak ber-romen tapi elok kat chat lah takdelah semak wall.

Tu je jenis yang sofia tak suka. Kalau korang salah satu daripada ni janganlah terasa eh tapi elok berubah. Kalau taknak pun jangan kerap post benda macam kat atas ni sebab Facebook ni international semua orang boleh nampak. Terutama friends kita tu, tapi selalunya friends dengan orang yang kenal je takpe . Tapi sesetengah profile ada yang tak private. Terserahlah nak private ke tak janji takyah lah satu hari nak try buat cenggitu. Kalau nak pungs sekali-sekala jelaa. Tapi sekarang kebanyakkannya guna twitter so tak ramai lah macam atas ni cuma ada SOME je la sangkut. Klah, byeee dan Assalam. Sori kalau post sofia macam hape je

PS: Jangan terasa ni just buat kesedaran k. Dan lagi sekali sofia tekankan kalau nak jadi macam atas ni boleh tapi takyah kerap sangat. Sekali-sekala takpe and yeahh sofia mature sikit *hihi* :3

0 CHEONSA